Bukankah Joseph Conrad Pernah Berkata Bahawa Kita Hidup Sepertimana KitaBermimpi, Yakni Bersendiri?

Berikut adalah esei/ulasan yang saya tulis untuk Jalan Telawi, 2018.

1

Terus-terang, situasi tersunyi menyelinap ketika orang sekeliling berbual-bual dalam satu pertemuan tetapi emosi kita tidak sepasukan. Kemudian kita cuba ukir satu kuntum senyuman dan sebaris tawa untuk memalsu keresahan. Bahawa sebenarnya, kita terlalu sunyi dan lebih menyakitkan hati, tidak tahu pula apa sebabnya setelah semua panduan yang ditulis dalam buku-buku dan peringatan yang berdengung dari siniar manusia serba tahu sudah habis kita cuba. Mungkinkah kesunyian adalah kawan karib sehidup semati? Kita pun menjadi pakar senyum-ketawa sehingga sesi temu tamat, sepuluh minit selepas kita ucap bye, nanti jumpa lagi ya, langsung digigit kesunyian yang mengaum seperti singa lapar. Begitulah seterusnya sehingga diurai malam yang sejuk dan panjang.

Saya kembali ke George Town setelah lebih dua bulan berada di kampung – kakak saya yang berperang dengan barah payudara ditunduk kenyataan. Saya tiba di kampung tergocoh-gocoh lihat Kak Long dalam kecantikan: balutan putih dan kain batik lepas; usung keranda dan laungan talkin; wajah sugul dan majlis tahlil; lidah yang tak mampu rasa apa-apa dan mata yang tak kenal erti kantuk – semuanya menjemput segala macam emosi tetapi yang tersial tentulah semua emosi itu datang serentak dan melanggar saya seperti sebuah keretapi. Saya kembali sebagai seorang perajurit yang luka dan sesal, menyapu debu-debu bilik terutama di bilah kipas, mengganti cadar serta selimut sebelum berbaring meringkuk dalam posisi fetus dan menangis teresak-esak mahukan sesuatu yang saya tidak tahu.   

Dua hari selepas itu saya di kedai buku meraba bakul-bakul berisi naskah terpakai dan menjumpai Olivia Laing – ia buku kulit keras bersaiz sedap-pegang dan saya tidak kenal pun beliau sebelum ini, lagi pula masih belum ada asa untuk baca apa-apa. Tetapi judulnya serasa mengena – The Lonely City, jadi saya terus bayar dan ke kedai kopi kegemaran untuk menyelak lebih lanjut – membaca perihal kesunyian tentulah mempertemu saya dengan sifir sunyi ganda dua tetapi setidaknya, ada orang yang faham tentang keadaan saya (walaupun orang itu hanyalah susunan unik 26 huruf dalam 310 halaman). Seni sunyi dan kesunyian saya telah tatap sebelum ini – Edward Hopper contohnya, tetapi tidak pula saya khusyuk menelaah sehinggalah saya sendiri yang berasa sebegitu lalu terus bersungguh nak cari titik persamaan dengan mereka. Semua orang tidak patut menangis sendirian.

“Apakah rasanya kesunyian?”

“Ia seperti rasa lapar: kamu kelaparan sedangkan orang sekeliling sudah siap siaga berjamuan”

Begitu Laing menulis, disamping meranting emosi yang datang dalam kesunyian – ia rasa sedih dan sedikit malu, seolah-olah kita berasa kalah dengan sesuatu. Ia bukan pencapaian, apalagi untuk diberitahu orang ramai. Laing melakukan apa yang difikirkan betul atau yang diajar orang lain luar sedar – menonton klip-klip di laman YouTube, mengetik pautan-pautan sensasi di internet untuk membunuh masa dan cuba kembara jauh dari 4 dinding batu yang mengelilingi – kesemuanya gagal. Malah, dia rasa lebih sunyi dan terasing. Ia bukanlah sesuatu yang romantis, kecuali jika kita menginginkan itu. Ketika sunyi mengetuk pintu kota New York, Laing menemui sesuatu – seni catan – dan menjumpai sedikit keselesaan dalam melihat karya-karya pencatan tentang manusia dan perasaan (ia menginatkan saya tentang tulisan Julian Bell dalam buku Mirror of The World: A New History of Art – yang bercerita bahawa manusia suka mencipta sesuatu yang ‘cantik’ untuk dipertonton. Dan dengan objek itu, kita menarik perhatian dan juga perasaan). Bagi Laing, seni adalah eliksir kerana ia mengerti apa rasanya dicampak sunyi, ketakutan dan berada di bandar penting-diri yang tidak langsung peduli sama ada kamu akan datang, pergi, hidup ataupun mati. Sejak itu, dia menggemari Edward Hopper, Andy Warhol, Henry Darger dan David Wojnarowicz. Saya tidak kenal siapa David tetapi Edward Hopper adalah jurulatih saya. Kalau saya lihat catan dia lama-lama saya akan jadi seorang ninja yang menyelit dalam kafe tergambar di Nighthawks.

Jika usaha menjadi ninja gagal, saya ke taman Armenian berhampiran tempat saya tinggal. Berbual dengan kawan-kawan dan melihat hijau sebelum menikmati makan malam, ada seorang saya yang semakin jauh dari saya, dan saya teragak-agak untuk bertanya khabar kerana dia seorang yang menyedihkan, sunyi, rindu, dan selalu sahaja bersembunyi jauh dalam lantai hati. Tertimbul hanya untuk menangis.

2

Kehidupan tidak berlaku kepada kita; kehidupan berlaku untuk kita.

3

Olivia menulis tentang kesunyian seperti ia sebuah tempat sebelum menjadi benda hidup. Dalam naskah ini dia membezakan keadaan bersendiri dan sunyi – ada yang langsung tidak sunyi ketika bersendiri, tetapi berjuta masih sunyi walau letak duduknya di kalangan kekasih, keluarga atau kawan-kawan. Malah lantai marmar di rumah agam tidak mampu berbual apalagi merawat rasa sunyi. Lalu Laing menulis, “kesunyian terasa seperti sesuatu yang memalukan, ia bertentangan dengan sebagaima perlu kita jalani hidup; sesuatu yang tidak boleh diterima, berkeadaan taboo dimana pengakuan akan membawa manusia sekeliling menghakimi sebelum melarikan diri”. Kesunyian kalau diakui, takut distigma lantas menjadi lebih sunyi. Kalau dinafi, barangkali berkudis.

Apakah maknanya kesunyian? Dan apakah fungsi kesunyian dalam hidup sehingga menjadi antara unit besar dalam pertukangan seni? Di syarah atas talian saya mendengar pakar-pakar berbicara tentang kesunyian dan kesannya kepada kesihatan seolah menghisap 15 batang rokok setiap hari. Ia mempercepat penuaan, menggalakkan insomnia dan melemahkan sistem imun badan. Laing menulis, bahawa kesunyian adalah satu kitar yang membiak – orang yang menderita kesunyian mengalami satu perasaan malu atau terhina, makna kata orang-orang yang sunyi sudah tidak pandai bergaul dalam interaksi sosial, dan kegagalan itu akan membuatkan mereka lebih sunyi ganda dua dan seterusnya. Dan lebih menyedihkan beliau menulis, barangkali ubat kepada sakit sunyi hanyalah imaginasi. Saya fikir ia sudah tentu sebiji pil yang aneh, apalagi untuk ditelan setiap hari. Mana mungkin kecederaan realiti boleh dipulih menggunakan imaginasi? Atau sayakah yang memang salah dalam hal ini?

Laing lancar menulis tentang tukang seni yang dirundung sunyi. Saya yang penting diri tentu sahaja beromantis dengan kesunyian mereka (atau kadangkala saya ameliorate ia) – saya kata baguslah juga tentang sunyi ini; malapetaka akan selalu memberanakkan sesuatu yang indah (alam ini umpamanya) tetapi bagaimanakah mereka bergocoh dengan sunyi setiap hari? Ia seperti Andy Warhol pada tahun 1965 yang merakam pita suara yang mempercantik kesunyiannya dan menggelarkan ia ‘my wife’.

Tetapi kekuatan terbesar naskah The Lonely City adalah cara Laing menyusun fragmen tema dan penceritaan beliau – ia dirangka dari imbasan patah hari, rasa menyendiri dan sunyi serta rasa terpisah dari gerombolan dunia luar. Ia simbolik sebenarnya – gaya tulisan dan bagaimana Laing membina-cantum fragmen pemikiran, perasaan dan pengalaman seolah satu homaj kepada ‘institusi sunyi’ bahawa sesuatu yang baru boleh terbina daripada sisa pecahan yang lama. Ketika berperang dengan perasaan, Laing menyusun kembali perasaan itu menjadi senjata, dan peperangan dapat dilihat ketika dia memperkait dan menaskahkan kisah artisan lain yang mengalami kesunyian seolah membina sebuah kenyataan yang kita semakin tahu, bahawa semua manusia sejujurnya adalah kumpulan makhluk yang sunyi. Mengakuinya adalah satu kekuatan yang memerlukan kekuatan. Laing menulis lagi, “Kadang-kadang, apa yang kita perlukan adalah kebenaran untuk merasa. Apa yang menyakitkan sebenarnya adalah percubaan kita untuk menghalang perasaan itu, seolah ia akan merayap seperti akar beduri lantas menghinakan”.

4

Menyelak The Lonely City tidak semudah diduga – ia seperti mengoyak luka diri sendiri sambil berharap akan ada keindahan aneh tertimbul dari dalamnya. Ia bermula dengan pengalaman Laing bersendiri di kota New York setelah cinta mematahkan hatinya. Saya kira perkaitan kesunyian dan usaha Laing untuk menceritakan perihal beberapa artis yang juga sunyi adalah sekadar percubaan juvenil untuk membina sebuah echo chamber. Ia berkesan, tentunya. Di bab terakhir, Laing menulis dengan penuh penerimaan, bahawa “ada banyak benda yang tidak mampu dilakukan oleh seni, kecuali menjadi ubat.” Dengan kelembutan bahasa dan cara kerjanya menyusun fragmen dalam The Lonely City, ia naskah yang sungguh manis untuk dibaca. Kedengaran klise itu pasti, tetapi memahami perasaan manusia, atau diri sendiri, adalah kerja terpayah yang mengambil masa selama usia. Sebelum akhirnya kita ditanya beliau, “apakah yang malunya tentang menginginkan sesuatu?”

Di akhir catatan, Laing berkata bahawa kesunyian tidak lagi satu isu personal tetapi politikal. Ia adalah sebuah bandaraya, dan sebagaimana kita ingin tinggal dalam bandaraya itu, ah, tidak ada peraturan dan malu, kerana kita mendepani hal kesunyian ini bersama-sama. Yang terpenting tentulah kebaikan, Laing menyambung lagi, kerana perasaan selalu mempunyai usia yang pendek.

Saya menamatkan bacaan tiga hari selepas itu, meneguk segelas sunyi dan langsung ke jalanan di gelap malam; pelan asal sudah tidak mahu pulang. Di Love Lane saya bergesel bahu dengan pelancong yang mabuk dan bergembira di luar deretan bar. Mereka bernyanyi-nyanyi sambil berpelukan. Kemudian, bertepuk tangan.

“O kota sunyi, bagaimanakah kami esok hari?” Saya tanya diri sendiri.

Pelabuhan Akhir (2021) Fahmi Mustaffa | Acrylic on Canvas | Private collection

Advertisement

Esei 2018 di Jalan Telawi

Berikut, saya lampirkan esei yang pernah tersiar di laman Jalan Telawi, pada tahun 2018

Mengapa Kita Menulis, Melukis, Menyanyi, Menari dan Berindah-indah? (Perjalanan Dari Garis Menuju Baris)

Melepasi suku abad bernafas nyawa, hidup saya seolah titik kecil sahaja di mata seorang tua. Di mata ahli falsafah, barangkali satu titik maha halus. Tetapi di mata seorang pelukis, titik-titik kecil maha halus inilah yang membina satu garis  jika kita pandai susun dekat-dekat. Makna kata semua benda kelihatan bersambung dari jauh. Kalau mendekat, ia kemudiannya menjauh pula. Begitulah sehingga merapati pengakhiran tak berpenghujung. Si Pandai yang mampu meramal kata hujung tidak lain adalah seorang penipu.

Apa sebenarnya hidup ini? – ia soalan timbul tak bersemboyan – kemudian memilih engkar untuk pergi berminggu lamanya. Mencari makna bukan kerja mudah – nabi disalib, ahli falsafah meneguk racun, pakar matematik dibakar dan penyair mabuk-mabuk memikirkan ia – tentang makna dan makna sebuah makna. Memikirkan ia tidak menambah nilai ringgit dalam poket saya, tetapi mengabaikan persoalan ini menjadikan ringgit dalam poket saya sudah tidak bernilai lagi.

Orang paling miskin selalu sahaja berwirid Dolar Amerika.  

Manusia tidak belajar tentang naluri dan perasaan  dalam ilmu yang keras – cerita selalu sahaja lebih mempesona berbanding jujukan data. Makna menyelinap ketika kita menyelak nilai deria seni – ghaib bersemayam antara baris sepotong puisi, kitab suci atau mentera. Syair-syair dan lipurlara. Seloka mahupun drama. Makna bermain, berlegar dan kemudiannya meminta jalan keluar. Di tangan seorang tukang senilah, ia mohon dilahirkan semula dalam paparan teks, visual, nada, kata-kata dan gerak anggota.

Oleh sebab itu setelah puas menyindir diri sendiri, saya temui kepastian bahawa kita hidup dalam Dunia Simbol – alangkah! Garis-garis membentuk objek menjadi huruf yang membina perkataan, disusun rapat pula menjadi ayat, digabung sehingga membentuk baris perenggan kemudian ditambah dan dicanting-canting untuk menyawakan sebuah teks (perjalanan dari garis menuju baris). Langsung ia dizikirkan dengan taat sehingga otak menaakul sampai suatu hari, yang tinggal bukanlah perenggan itu atau ayat itu atau perkataan itu atau huruf itu atau garis objek itu; melainkan makna. Ia tidak boleh disentuh atas satu sebab; – hikmah tidak terzahir, hanya terpantul.

Resah berfikir tentang makna hidup adalah tindak balas sifat penting diri saya yang selalu mahukan jawapan: bukankah kita diasuh untuk takutkan sesuatu yang kita tidak tahu (dan setelah itu, membencinya)?  Kehidupan saya sebagai seorang manusia yang mencintai seni serasa kiambang – terapung-apung; akar tak jejak bumi, pucuk tak cakar langit. Selagi mana saya tidak memikirkan hal ini dan mendengar rengekan untuk menulis tentang ia, tubuh badan saya dan rasa kantuk tidak boleh bersahabat. Seorang penulis tidak patut memenangkan keselesaan melebihi apapun. Atau setidaknya, itulah yang saya rasa ketika ini.  Boleh jadi, ini tidak lain hanyalah sebuah spekulasi pada jam 4 pagi, ketika catatan ini saya tulis tanpa henti seolah memimik satu hela nafas seorang manusia, ketika keadaan menjadi gelap dan tenteram.

Tugas pertama akan jadi mudah jika saya runtuhkan sains – saya kata bahawa seperti seekor katak, kita juga adalah haiwan amfibia, hidup dalam dua dunia, malah lebih lagi (nah, wujudkah perkataan polifibia?). Ada dunia fizikal, di sini ia disubur politik, undang-undang, matematik, sains dan rekayasa rencam – semuanya membentuk fizikaliti sebuah peradaban. Ia seperti baris-baris indah di dada al-Quran. Kita belajar dan menggunapakai ia seperti kita belajar baris atas a, baris bawah e dan baris depan u. Mencipta sistem seperti di zaman Uthmaniyah meletak baris-baris untuk tujuan pengkelasan. Tetapi dunia fizikal hanyalah sebuah dunia fizikal, ia tak mampu pergi jauh bersendirian. Ayat-ayat al-Quran seperti itu juga, tak mampu ditampil hikmah kalau tak faham makna dan konteksnya (sejarah dan masa ia diturunkan). Dunia Fizikal adalah tempat kita memegang sesuatu, dan pegangan hanyalah sebuah silinder lohong jika tiada isi kandung yang sepatutnya lebih kukuh. Ia direnung Rumi yang mengatakan bahawa bukankah si pembuat kendi itu menghasilkannya untuk menakung air?

Dunia kedua inilah Dunia Simbol, di/ter-cipta satu darjah lebih rendah dari Ketuhanan Alam supaya manusia bermesra dengan sesuatu yang tidak diketahui tetapi mampu dirasa. Dalam Dunia Simbol imej sepohon pokok tentulah tidak sama dengan sepohon pokok itu sendiri (ini bukan paip, kata René Magritte), tetapi antara imej dan objek, yang terpenting tentulah naluri rasa setelah melihat akan sesuatu. Kemudian, dari sisi mana satu harus saya belai-gosok ia supaya dapat merasa, kalaupun tidak dapat memahami sebetulnya. Seorang tukang seni terlebih dahulu mencuri kenikmatan proses menghasilkan sesuatu, yang tinggal untuk kita hanyalah percubaan-percubaan untuk menyelaminya. Dan sehingga kita belum sedar akan kenyataan ini, kita akan selalu sahaja tertinggal jauh dengan memuja kecantikan tetapi mengabaikan keindahan. Di musim penulis dihimpun-himpun untuk dibelit lidah penguasa, kita tercicir tentang naluri seni yang selama ini dipoliskan oleh tradisi agama dan budaya dari Dunia Fizikal. Padahal, kerja si tukang seni adalah untuk mencabar apa pun, terutama dirinya sendiri. Begitulah tentang keindahan!

Kebenaran adalah tanah lapang tak berjalanan.

Setiap kali membaca wawancara tentang proses seseorang tukang seni berkarya dan ketika mereka berbincang tentang ilham ataupun inspirasi, saya membawa diri ke zaman Yunani yang percaya bahawa tukang-tukang seni ini mendapat bisikan-bisikan dewa-dewi mahupun Tuhan untuk menghasilkan satu kesenian. Barangkali begitu mereka mentakrif bakat. Orang yang terlebih dahulu hidup ribuan tahun dari kita sudah melakar-lakar pada dinding gua, berlipur lara di marak bonfire mahupun bergurindam sebelum mudik ke muara. Mereka terlebih dahulu menggagas art berat tanpa perlu diterma seperti hari ini. Selain hiburan, ia berfungsi lebih besar dari itu. Seni mantera merawat penyakit, penulis merekod sosiologi zaman serta pencatan bermain-main dengan cahaya alam. Yang tertinggal untuk kita adalah sulingan kepada apa yang telah mereka cipta, dan dari sulingan itu kita belajar bahawa seni tidak lain adalah peralatan utama untuk memahami diri sendiri, siapa kita apa adanya dan apakah makna semua ini.

Ia mengajar kita hormat kepada alam dan bersetubuh dengannya. Arwah nenek saya selalu mengajar saya tentang satu hal – semangat, bahawa semua benda di sekeliling kita mempunyai semangat. Saya yang masih kecil gagal memahami makna sebenar semangat, kerana telah diajar di sekolah dalam subjek Bahasa Melayu bahawa semangat itu adalah satu bentuk perasaan (contoh penggunaan: semangat membara). Dari kecil minda saya sudah dipolis penguasa supaya apa yang saya tahu tidak membahayakan. Segala yang berlainan dibilang salah atau dikhabar haram. Seekor burung yang lahir dan membesar dalam sangkar akan menyangka bahawa terbang keluar adalah satu penyakit, kata Jodorowsky.

Manusia tersombong tentulah yang mengakui bahawa mereka sahaja sebenarnya yang mempunyai roh. Ia dicerita seperti cahaya atau sekian-sekian, dan akan terbang sekejap ketika kita tidur. Dan ketika ia keluar dari tubuh selamanya, kita akan mati. Kemudian, berjalan ke tanah abadi – dihukum nyalaan api atau merasai nikmat bidadari. Tetapi sudah tentu ia tidak semudah itu – dan semangat tidak wajar dihad sepermukaan demikian. Orang Pandai akan selalu bermesra dengan alam sebelum mereka berkarya – sebab alam ini akan selalu lebih besar dari manusia dan objeknya.

Semangat tidak berlegar minta untuk digesel bahu lantas bertanya khabar. Ia bersembunyi di tempat pencil, seperti di hujung lekuk senyuman, kelopak air mata ibu kita, di alur sungai ketika melanggar batu, atau di bahagian paling akhir warna jingga setiap kali matahari mahu pulang. Semangat hanya mampu dihubungi dengan rasa Percaya dan Rendah Diri. Oleh sebab itu tukang seni pada zaman dahulu memohon semangat alam sebelum melakukan sesuatu upacara. Kita menahyulkan semua ini tetapi percaya habis-habis kepada duit fiat yang khayal.

Barangkali sudah sampai masa dengan keadaan saya tergesa-gesa menghabiskan catatan ini mengatakan bahawa segala macam seni yang kita buat tidak lain adalah untuk saling berhubungan. Ia sebuah panggilan telefon untuk bertanya – apa khabar nenek moyangku? Apa khabar sang laut dan udara, hujan dan embun, tidur dan jaga? Saudara-mara kita yang merindui manusia tentu sahaja berbisik melalui ilham dan kemudian kita menulis berjela-jela, melukis tak sedar-sedar, menyanyi berlagu-lagu mahupun menari memutar fana’ dan asyik. Setidaknya, begitulah hal yang berlegar di lantai fikir saya ketika menulis hal ini.  

Maka demikian setiap hari selama ribuan tahun akan ada beberapa bilik di setiap pekan bernyala-nyala melanggar malam – sama ada dengan lampu atau semangat – dan seseorang meminjam sebahagian kekayaan Tuhan, yakni semangat mencipta – untuk menghasilkan sesuatu, dan penghasilan itu sebenarnya adalah penemuan, seperti dicerita Picasso bahawa lukisan-lukisan yang dilakar bukanlah sebuah objek seni, tetapi objek pengkajian. Kehalusan yang timbul tidak seliteral ilmu matematik mahupun undang-undang, dan jalan terpayah akan selalu sahaja memberanakkan keindahan berpengetahuan. Tetapi yang lebih penting dari keindahan berpengetahuan adalah keindahan berperasaan.  Lukisan yang tergantung, teks yang dikarang, tarian yang diliuk-lentok, hanya akan digelar seni jika ia membawa sesuatu kepada perasaan. Lebih daripada perlu difahami, ia sebenarnya perlu dirasai. Jika difikir kembali, berapa kerap kita bertanya khabar dan bersemuka dengan perasaan sendiri sambil membuang akal jauh-jauh untuk seketika waktu?

Ketika catatan ini ditulis asalnya saya berniat untuk memperjodoh seni bersama makna hidup dengan harapan akan ada sesuatu yang besar timbul dari perlanggaran kedua ini – tetapi di akhir perjalanan saya memilih langkah juvenil untuk meninggalkan potongan-potongan berselerakan – cubaan untuk melarikan diri dari tanggung jawab memperjelas. Dikhabar Wilde bawa memberi definisi adalah meletakkan had kepada sesuatu, dan oleh sebab demikian saya berharap untuk terus menyumpah diri sendiri supaya tidak menemui segala jawapan dengan terlalu segera atau dalam keegooan tergesa-gesa, sebab misteri selalunya mempertemu sesuatu yang menakjubkan dan ketidaktahuan selalu sahaja dipandang rendah. Sudah tentu tubuh badan manusia tidak hanya di/ter-cipta untuk lahir, hidup dan mati – ia bukan sifir asal kecuali ditangan orang yang cuai menilai. Ada sesuatu yang berada di dalam dalam dalam jiwa kita menunggu untuk ditegur Hello, Apa Khabar? Mungkin dengan seni yang memperkembang jiwa akan menggoncang sedar bahawa kita semua kalau digabung-gabung sebenarnya hanyalah seorang manusia; kadangkala tangan selalu berkelahi dengan kaki dan otak memandang rendah kepada naluri. Mungkin, dan saya tulis mungkin, hanya dengan seni sesuatu menjadi hidup, kerana tanpanya kita hanyalah tubuh yang mati tetapi bergerak-gerak.

Di Masjid Kapitan Keling bersebelahan tempat saya diam, azan subuh mencengkam awan. Saya renung tubuh saya yang masih tidur di ranjang sebelum berbisik ‘selamat datang’, kemudian langsung pulang menemu Tuan.   

Fahmi Mustaffa adalah penulis, perupa dan penterjemah.

Ilustrasi hasil catan adalah hak milik penulis.

Pertukangan: tika renung, tika kenang

I

Saya kata kepada seorang teman suatu hari, “cuba kau pergi kedai buku. Berlambak buku. Nak tulis apa lagi? Buku pasal orang, pasal pokok, makanan, anjing, kucing, sains, apa segalalah. Semua orang dah tulis.” Saya mengacah tanya sebab saya masih ingat satu kata klise: even when you write something already written, it’s different because it’s your voice. Soalan saya termati di situ, tetapi belum terbunuh.

Kita hidup pun, dalam masa yang dipinjam alam: entah-entah umur kita hanya tinggal 20 tahun lagi. Takpun, barangkali esok kita semua akan mati dihempap asteroid gergasi menjunam jauh dari tempat jin bertendang. Makna kata, kita tidak akan mampu baca semua. Kita pilih yang sesuai atau setelah dicadang orang akan buku sekian-sekian. Tentang pilihan, sedemikian juga halnya tentang menulis – kalau kita menulis untuk dibaca, menulis untuk kepuasan, menulis untuk eskapisme, menulis untuk itu ini apa sahaja, itu terserah tentang pilihan. Saya menulis kerana saya tidak boleh hidup kalau tidak menulis. Samalah seperti bernafas. Peribadi, saya orang yang tidak punya tujuan (oh, what a boredom if I know all the answers? I just want to have a romance with questions) – saya menulis demi menulis, lagipun saya hanya seorang tetamu dalam hidup ini, tak sabar mahu berjumpa Tuan di kemudian hari.

II

Beberapa minggu lalu seseorang bertanya saya dalam sebuah festival sastera, “apakah masa depan (perancangan) (saya) dalam penulisan?” Saya jawab, “saya tidak tahu, kerana saya tidak mempunyai masa depan.” Tetapi bila saya kembali ke kamar, saya fikir lama-lama, saya bersetuju – sebab saya terlalu sibuk untuk masa depan. Saya sibuk menulis, melukis, menjadi pengelola, menjadi konsultan, penggaya makanan untuk klien di George Town, memilih warna baju yang sesuai dengan keseluruhan gaya, mengemas rumah, berkejar ke mesyuarat, mencuci mangkuk tandas, mengorat, menyiram pokok seakan kekuningan, menonton ulangan Gegar Vaganza, mendengar siniar tentang sastera tamadun Sumeria, bertemu rakan di kafe, bermain kucing di taman bersama mama Regina, melihat kereta bertanding honk dan jeritan di jalan, membaca buku dan majalah; saya terlalu sibuk pada waktu sekarang sampai saya melupakan tiap kenangan lalu dan merancang masa depan dalam sela masa yang dipinjam. Bila ada kelapangan seperti sekarang, barulah saya duduk berehat dan merenung – betulkah kita semua punya masa depan? Waktu terlucut dari celah jari tak tersedarkan. Atau kata pendek, kitalah yang merancang apa yang ingin disuap dalam mulut, dicerna nurani, difikir minda dan membalut tubuh. Kita memilih dengan naluri dan juga setelah di/ter pengaruh dengan sekitar.

Tentang pengaruh-mempengaruhi, saya teringat akan guru Bahasa Melayu ketika saya darjah 4, Cikgu W. Dia punya satu tabiat yang saya cukup tidak gemar – suka melambakkan kerja rumah yang aneh, iaitu saya perlu menyalin kembali contoh karangan yang ada dalam buku. Hampir setiap bulan saya marah-marah: mengapa perlu disalin sesuatu yang telah tertulis. Orang kata, tak ada added value. Benda dah ada, kenapa nak salin lagi? Tapi saya berdiam dan terus menyalin dan menyalin dan menyalin dan menyalin seperti orang kerasukan.

Ia berterusan berbulan-bulan lamanya. Naif, ketika itu masih mentah, apabila tiba waktu peperiksaan, sesuatu yang ganjil berlaku. Saya menulis karangan seperti orang yang sedang bernafas (macam yang saya cakp tadilah!) – yakni, adakala saya perlu tarik (nafas, kata), adakala saya perlu hembus (nafas, kata) dan adakalanya, saya tidak perlu melalukan apa-apa. Perkataan seolah datang dari tempat jin bertampar, masuk ke lubang minda serta keluar dari roma tangan. Kata-kata seolah membentuk rupa melalui jari-jari saya. Saya menulis karangan dengan pantas. Bila saya besar sedikit baru saya faham, cikgu mahu saya biasakan menulis, bergerak, dan memahami rupa bentuk. Maka yang kita hidup ini, sekadar tiru-tiruan sahaja, seperti ketika kita kecil mengajuk-ajuk percakapan dan tindakan orang tua. Bila menulis, saya mengajuk perasaan dan sesuatu yang di luar kemampuan tubuh saya. Saya mengajuk alam dalam meminjam sedikit zat Tuhan (yakni zat untuk menciptakan).

III

Di kafe tempat saya menulis ingatan kecil ini, satu lagu terpasang, liriknya: A Lovely day, lovely day, lovely day, lovely day, lovely day. Saya menyanyi sambil menghabiskan Montaigne, kemudian saya menulis ingatan ini supaya saya menasihati diri sendiri, bahawa saya tidak mempunyai keabadian, segala di tangan dipinjam, dan suatu hari nanti, saya pasti mengetahui bahawa saya menulis sebab saya suka, and it’s very okay to enjoy the mundane of life. Not making any choice is also a choice. Untuk cikgu W, saya sihat-sihat sahaja. Katamu benar, hari ini, saya menulis seperti orang bernafas.  

TENTANG WABAK, TAHUN BARU, PENGELOLAAN SASTERA

1

Setelah dikhabar udara kita diracun aneka jenis virus corona dan sekian ramai pula orang terbunuh, kini kita dijerkah bah merusuh tiap penjuru sehingga ada kehilangan harta, ramai pula yang terkorban, atau terbunuh. Kita berpusu-pusu membantu apa adanya – sama ada kudrat, ciap lewat media sosial, mengutip derma kilat dan bergerak membentuk pasukan menyelamat, membantu dan membersih. Semuanya tanpa merompak hak di hadapan lensa, sambil merenung sunyi pembalak dan penguasa.

Sepantas kita membentuk persekutuan sesama rakyat. Ia membanggakan dan menyedihkan juga, atas sebab ‘organized abandonment’, antara yang dijumpai adalah anak patung dalam beg galas milik seorang kanak-kanak yang hanyut dibawa arus. Pada tika kita masing-masing punyai lensa untuk diketik cepat, dirakam dan terus dibawa ke laman maya, orang ramai pasti sudah menilai sebenar-benar malaikat dan syaitan dalam krisis kemanusiaan.

Kesulitan terapung satu persatu. Mulai menemu sinar setelah sekatan pergerakan memberanakkan sekian banyak pengangguran dan kehilangan mata pencarian, kini sejumlah ibaratnya bernafas dalam lumpur. Saya membantu sedikit menjangkau kemampuan dan berharap tiap kesulitan nanti akan surut dan beroleh ketenangan seperti sediakala, walau kata sedia-kala sudah mulai pudar dalam kamus dada.

2

Tahun baru selalu menjanjikan erti harapan dan doa-doa, selalunya kesembuhan (dari segi mental, fizikal, kewangan, perhubungan dan pemahaman). Ritual berlarutan ini menjadi simbol (seperti segala isi dunia, segalanya hanya simbol itu dan ini) dan saya berharap semuanya akan baik-baik sahaja. Beberapa hari yang lalu, saya dijemput dalam satu perbualan sulit sesama artis di sebuah bumbung bangunan lama. Sepotong kek dan dua teko teh di tengah malam, kami berbasa basi tentang hal-hal menjadi (dan mengalami) tubuh manusia.

The world peace is ridiculous, and we will never achieve it, saya tekun mendengar sambil menyuap potongan kecil kek keju nangka. Saya bertanya, why? Kemudian dijelaskan bahawa, kita perlu menilai kembali ukuran yang digunakan untuk memaknakan perkataan kesempurnaan. Tiap yang sempurna perlu terdiri daripada baik dan buruk. It is a full circle, dia kata. Saya mengiyakan lanjutan perbincangan itu, dengan menambah, that we are just a complex product of a simple evolution, and this complexity allows us to attain a brain sophisticated enough to dream, wander and create. We use symbols, like letters and sounds to say what we want and to show what we are dreaming of. Like everything else, we created this fucking language. And we are fighting with narratives among others. Everything in this world is a fiction (terus saya tiba-tiba teringat Kandinsky yang mengatakan bahawa seni abstrak untuknya, adalah sebuah realiti nyata atau realism.)

Dalam sebuah persembahan, Michele Lamy pernah membaca potongan puisi, – We’re moving towards something that does not exist. The voyage is infinite. The passenger is not. Saya terjemah kasar, bahawa kita ini menuju anti-kewujudan. Kelana ini abadi, namun penumpangnya tidak sama sekali.

Saya teringat soalan yang ditanya kepada artis seni tampak, Komeil, if you have to choose between green or yellow leaves, what would you choose? Dia memilih kuning, because I was once green, balasnya.

Mungkin saya perlu menulis rentetan perbincangan ini dalam layaran entri lain?

3

Menghampiri penghujung 2021 yang menimbun perasaan dengan hikmah serta penyesalan, satu berita baik mengetuk kotak emel – bahawa saya ditawarkan untuk menjadi pengelola sebuah laman sastera dalam akhbar fizikal dan digital Selangor Kini. Saya terima kerana saya menyukainya. Tergendong di bahu saya adalah tanggung jawab menerbitkan 2 entri seminggu serta ilustrasi, dan membawa halaman Sastera Selangor ke tampuk yang lebih baik, sepertimana kita semua yang menginginkan kemajuan.

Saya dapati kita teracun dengan tradisi. Beberapa yang muda marah melengking ketika menulis sehingga mengabaikan seni tukangan / savoir-faire atau yang larut kepada dengung aktivisme tanpa menghirau seni nukil dalam sastera dan persuratan. Juga yang masih terikut dengan lembaga zaman silam yang terlalu obses mentakrifkan ini apa dan itu, apa. Maka esei sastera menjadi kertas kajian universiti dan puisi menjadi pembesar suara silam. Sebilangan suara penulis bersembunyi di balik kata-kata gergasi yang dipetik. Bukankah sastera tempat orang mencipta?

Maka saya menulis entri ini juga untuk menjemput yang membaca menghantar karya sastera yang mewakili perasaan. Di zaman gedung pencerahan berada dalam tatalan jari, mungkin tahun baru nanti kita berdamai dan melupakan jejak lalu: rakayasa personal harus mengalir dalam darah daging. Sudah sekian lama kita menakluk/ditakluk, maka bebaskanlah sastera kerana ia juga adalah makhluk hidup.

Selamat Tahun Baru.

FINDING TOM YAM, FOLKLORES AND NFT

Something magical happened this evening. It’s mostly science, but it’s a story time anyway. Upon hearing some dark news about this beloved country (what even is country, I have no clear idea – and don’t trust anyone who do!), I have decided to treat myself a good bowl of Tom Yam, 10 minutes walking from my home. It’s in Dicken’s Street and yes, named after Charles, the famous author. It was raining (pardon, still is) – my friend and I walked home soaking wet with little pleasure in a bag: Nasi Putih, Telur Dadar, Tom Yam and Kailan Ikan Masin. The usual suspects of my comfort food.

Now the magic: as I was rushing (out of hunger and fear of getting more wet – which is nonsensical), my eyes were focusing on the wet tar – and what I saw was reflections of things above me – street lights, drizzles and unidentified objects. My glasses, wet. I turned to face the junction that connects Carnavon and Kimberly Steet, only to be welcomed by the rainbow, in full circle. This could be the dynamic relationship between streetlights, rain and water droplets on my glasses, but it was magical – simply because I never seen it before. I have learnt that like art, magic comes out of declaration. And if you think, let say, the moon is magic, then magic it is. If you think of it as a celestial body coming out of Big Bang and suspend via the relationship of gravity and dark matter, it is also true. And there I was, walking as if I’m following the light, which ends with a full circle of rainbow. I want nothing less for my funeral.

We eat the Tom Yam and I am very happy to be able to still, pay my food, cloth and all bills from my job – mind you, I don’t have one, and a full time freelancer (in Malaysia) is, well, let’s not talk about it. But I am glad I am doing okay-lah in these very dark days, with pandemic, human greed and climate change. I have tasted my share of dark days and I believe so does everyone. So I shall reserved any sob stories of mine.

My friends,

Earlier this year I became more engaging in art community (I am preparing for my fourth group art exhibition this year (alone!) and another special event soon) and I am glad to be welcomed by collectors, curators, critiques and friends. I was born and raised by the sea – when I was a child, my canvas is the shore and my brush, sticks. That, is my playground, applauded by the sound of waves and occasional fishermen’s boat. I treat art spiritually, – it is really, a form of prayer – that only me and God was there while I am making it – more like having a dialogue with myself and whoever it is inside this flesh. I am currently interested in Inner Child and yes, Malaysia’s folklore.

So another story begins.

I started my day looking for a book – that compiled 366 local folklores and to my surprise, it is such a limited item that the original price of RM 39 is now sold around RM 300. I am disappointed but I know that is basic, ruthless rule of supply vs demand, which is another eye opening experience for me: that money really facilitate the access of knowledge. I have been vocal about democratizing the knowledge, and for this reason, we must pay more attention to the access of it. Sure thing, it is there, but only for certain people that can afford – and this is just a minute example of the mess we are having right now – systemic struggle among class that will keep us in the same circle of excuse me, Hell, besides our conscious-subconscious romanticism of the saviour.

The childish me would buy the book and make a copy and sell it cheaper for everyone.

I am still childish; I will do that!

Anyway, the reason being that I am in need of the book is for my visual art research, – earlier this month, I managed to paint two artworks (2 feet x 3 feet) that depicts our beautiful myth and folklore (I will share that soon!) and I want to explore more on oral tradition in order to encapsulate my personal visual response. I hope I will manage to make it possible and importantly, will enjoy the process.

My friends,

Many people suggested me to go for NFT – to be honest, I do not know much about it except, you can be instantly wealthy if your digital artworks sold. I will try to learn more about it – anything that sounds too good to be true can be too good to be true. It is interesting how fast this world is moving – into something intangible, and getting smaller as if it is borderless. But only, only to the people who can enjoy the access. As we speak, systemic poverty, racism and class struggle is still molecular and very much controlling every aspect the way we behave, think and form an opinion.

We are no longer hunter-gatherer, except we still are, based on things we though we need the most. But as everything is not but an illusion, so does abundance and securities. Take care and allow yourself to face the waves of mortals feelings and tribulations.

I wish the very best of you, and I’ll leave you for now with one quote from my favorite philosopher, J Krishnamurti:

“Freedom is to look at a fact without any idea, to look at a fact without thought. Either you look at a fact with words, which is thought, or with conclusions, which again is thought and words, or with knowledge which you have acquired previously, which again is words based on experience – that is, the result of memory conditioning every form of experience. So you have to look at something without thought – which does not mean looking at something blankly, emptily, but looking at it through the understanding of the whole significance of thought.”

With Love,

MANUSIA BELANTARA

Manusia Belantara (2021)

Title: Manusia Belantara

Year: 2021

Medium: Acrylic on Canvas

Size: 60 cm x 90 cm

Manusia Belantara (comes from manuṣyá and vanāntara in Sanskrit) are simply defined as human being in the interior of a wide forest. This is one of my approaches to understand the myth and longing of old world in folklore, using the magical value of colors.

The conception began earlier this year, where I am inclined to exaggerate human limbs and extravagant silhouette, giving the familiar pretentiousness of human interaction to their natural habitat.

Direct painting (alla prima) allows me to build up the transparency of mixed color, in further manipulating the strokes, lights and some space for freedom. I started the painting with a black background for a richer back tone and apply various shades of olive green (via yellow and black mixture). The value and opacity are manipulated with white and water application. Wet-on-wet allows me to achieve freedom in developing the value and pale-like appearance while still maintaining the rich base of black and olive green.

Artist’s Statement:

Imagine if you can go back to the old world – now let’s not imagine that – lets go there instead now – the old world, where physical and mathematics means nothing – times dilutes and human body, exaggerated. You will find yourself suddenly in a thick jungle (of no known origin) – it was said that this jungle came before human – that human is the last species coming out of nowhere – and the jungle gives birth to many mothers – and of course you can sing and dance and meditate in a jungle – it is our vanantara – but there is one thing that you cannot do – do not taste the fruit – even you think it will be good for you – simply because what you think could be good for you can sometimes poison your very beings – and you will be punished by the presence of mortal flesh wrapping your ever-dancing soul. Welcome, to the familiar foreign of our mother’s playground. This, is a ritual.

Here’s are some details of this artwork:

the point of origin, which we can see human conception via uterus

the dance

human dance

but do not eat the fruit, be careful!

gentle touch

celebrating the beauty of belantara

in meditation

manusia belantara

I am happy to finish the artwork which is now available for everyone who’s interested. I am deeply honored to experience humbling process in the making of the story we were once told, in visual propaganda.

With Love,

Fahmi.

Hi

My name is Fahmi Mustaffa. I write and paint. I am based in George Town, Penang, Malaysia. Welcome to my blog. This is another attempt for me to be socially engaging now pandemic has changed the way we live, but as for now, I must take this as a learning curve. Also please excuse my grammar, which I am actually not apologizing for.

There will be nothing eye opening or revolutionary here. I am one among millions of people who are trying to reach out and share what I do, think and had done, with or without any relevancy or pursuits to reach something. I think, when we try to achieve something, that something will try to achieve us too. But there can be times when the purpose will hijack the passion, and so I always remind myself that anything my finger touches, my lips speak, my mouth tastes, my eyes see, my ears listen, my nose smells or my mind thinks, I must enjoy the process, no matter what challenges may come. And for that reason, it is important for me, especially when I write or paint, that I must have a clear intention of what and why I want to do this – which is to express the very existence of me and my being.

I am not an artist – I do not know what the word artist means – and so I do not want to play with all the semantics in the world – let smart people do that. People like me, just wanted to create – make art (whatever art means, that is up to you, dear readers). This is my story, as I see it.

I was born and raised in Kuala Kemaman, a fisherman’s village in the east side of peninsular Malaysia. As a child, I enjoy the sound, smell and sight of ocean – especially when it rains. The beach has her own texture – this texture – the combination of all the senses can measure, silently determine what I want to do later in life. I would take up a stick and draw on the shore – faces, cat, houses and anything that I can think of. I think those are the days when I am most honest in creating – simply because I know nothing and no knowledge or ideology or technique that can pollute me. Just me and a childish intuition.

I believe that art does not need anything, in fact, anything needs art, with or without our realization. But to discuss that requires me to actually define what is art and I found the process of defining is wasting so much time. Why do we always limit something by defining it? To keep it short, I would rather succumb to the beauty of mystery and the weight of not knowing when it comes to art making. Modern people called it intuition. In Malay language, we called it as Darah (blood) Seni (art) to illustrate that talent is intuitive, somewhat hereditary, somewhat hidden not hidden but importantly, everyone who have this bloody art thing will end up making art no matter how much the person will run away.

The people with Darah Seni will also normally correlated to Angin, or spirits, or intuitive drive, or any tools of language trying to describe, with of course, an acknowledgement that language can only do so much – yes, words are important but – truth and reality may come in abstraction so the sooner we accept that abstraction is a realism, the sooner we realize that this conversation does not matter as much as we think it is.

Life is a funny business, you see. I was magnetized to be in a science stream – and in fact, I was professionally trained as a scientist. But I also know that I do not want to live as an actor – aren’t we all, and aren’t this so-called life, is not but a stage? – and somehow, I pulled myself out and try to live my truth – which changes all the time – but as for now, it happened to be literature and visual arts. Having said this, many people asked me why I wanted to be an artist – to which I have no answer because again, I am not an artist – I am a regular person who happened to be passionate in making art – and the real reason why is because I cannot not doing it. Art to me, is like breathing. It is as simple as that.

People in old civilization has long treated visual art like a technology – to decide the best time to fish, plan a war or travel. The old Malay civilization does not need a compass – they can read stars – the nature is their own visual arts. Sun Tzu look upon the sky to decide which is the best time to attack their enemy with fire. My mother on the other hand said, that if the cloud looks like the scales of fish, it is the best time to go to the sea. And she is right.

Anyway,

I would like to express warmest welcome to my space – I will share some experiences and random things, any stream of consciousness that crossed my mind. Art, life, love, anything that encapsulate me as a person, not that it matters anyway. If that’s the case, let this be a masturbatory project of self-recollection, for when I need to be reminded where I start, I can just go back here. I do not try to teach or give out new knowledge or trying to intellectualize or philosophize. Let smart people do that.

 There are two things I love to do, which is to write and paint. The rest is not for me to decide. Let’s just called it God or Nature or Mathematics or scheme of Things. I just want to be here, in this very moment, do everything that I love and spread any form of kindness to deserving people.

Creating is about to make The Story appears. I do not have control over it most of the time, and hopefully, I will never have.

See you soon, take care.

Fahmi

This is me, with a few of my latest artworks.